Ye saya tanya perempuan takut apa?, saya tanya ketakutan seorang pe-rem-pu-an, bukan ketakutan seorang anak, bukan juga ketakutan seorang pelajar,lagi pula BUKAN ketakutan seorang penganggur, bukan juga ketakutan seorang hamba Allah (tepuk dada tanya iman)
Sebab saya perempuan, mungkin saya ada jawapan..
Saya takut saya menjalani hidup di dunia yang sungguh luas ini seorang diri..
tanpa teman hidup..
sampai ajal..
sampai 2o-an kalu Mikael datang awal..
samapi 40-an kalau daun di Arasy gugur..
sampai umur 79 tahun kalau hayat dalam THE BOOK ada noktah..
Ye, saya baru 23, tapi saya sedikit takut...
No one special. NOPE. Nada. Ilek. Tiada. Haprak. Habuk.
Foreveralone nokhtah
DON'T PITY ME!
tapi, bila rasa sunyi dan sepi mengcengkam jiwa ini.. Ni petua nya..
Tadah tangan..
Doa...
"Ya Allah Ya Rabb, kurniakanlah aku teman hidup agar aku dapat melaksanakan dan mengamalkan perintahmu dan suruhanmu dengan lebih baik seperti kekasih-kekasihmu yang dulu"
Percayalah.. hati lebih tenang kerana..
Dia maha mendengar..
Rabu, 4 Januari 2012
Selasa, 3 Januari 2012
Kepentingan Nilai dalam Pendidikan
Pustaka Bahasa
Oleh NASHMAD MOHD.
Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah.
Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini mengandungi pelbagai pandangan dan pendapat lain tentang konsep nilai. Buku ini dihasilkan daripada kajian kes yang menggunakan kerangka teoretis berasaskan pendekatan penerapan nilai. Maklumat diperoleh berdasarkan tanggapan guru tentang pelaksanaan penerapan 16 nilai murni dalam pengajaran bahasa Melayu, khususnya di sekolah menengah rendah, Hulu Langat, Selangor.
Beberapa soalan berhubung dengan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu dikemukakan. Apakah jenis nilai yang kerap dipilih untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu? Apakah sumber nilai yang kerap digunakan oleh guru? Apakah prinsip asas penerapan nilai yang digunakan oleh guru? Apakah aktiviti bahasa yang kerap diterapkan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu? Apakah teknik penerapan nilai yang digunakan oleh guru untuk menanamkan nilai dalam pengajaran? Adakah guru membuat penilaian terhadap isi nilai yang diterapkan dalam pengajaran? Apakah tahap penerapan nilai yang dapat dicapai oleh guru dalam pengajaran? Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa menanamkan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu? Adakah pengkhususan kaedah mengajar dan bentuk kursus Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperoleh memberikan pengaruh terhadap pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu?
Dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf dunia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia.
Pada tahun 1974 , Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979 untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan pendidikan khasnya kurikulum pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Di samping meneliti kemampuan sistem pendidikan dalam melahirkan rakyat yang bersatu padu, terlatih dan berdisiplin, jawatankuasa ini prihatin terhadap masalah pendidikan akhlak. Hal ini terdapat dalam kenyataan pada halaman 227 para 452 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh.
Buku yang mengandungi 201 muka surat ini merupakan kajian penulis tentang penerapan nilai murni melalui pengajaran bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Penerapan nilai dan cara pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai yang dilaksanakan dalam KBSM. Penulis mengkaji kaedah penerapan nilai oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menggunakan pelbagai alat, seperti bahan penulisan kreatif dan model contoh.
Tinjauan kajian menunjukkan bahawa pendidikan nilai sangat penting sebagai sebahagian daripada kandungan kurikulum sekolah, dalam proses pendidikan seseorang individu. Menurut Sugarman (1973) dan Lerner (1976), manusia memang dijadikan penerima nilai, pemilih nilai, pengamal nilai, pembentuk nilai pewaris dan penerus nilai serta pengawal nilai. Berdasarkan penegasan tersebut, Ellis, Cagan dan Howay (1991) membuat beberapa saranan berhubung dengan pendidikan nilai tersebut, seperti yang berikut:
i. Pendidikan nilai amat perlu di sekolah.
ii. Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada pelajar.
iii. Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama dalam pendidikan.
iv. Pegangan nilai secara umum harus didasarkan kepercayaan masyarakat.
Hasil kajian yang dijalankan, pertama, berdasarkan pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah rendah melalui jenis nilai murni yang selalu diterapkan. Kedua, berdasarkan sumber untuk memilih nilai yang hendak Keberkesanan amalan guru selepas kajian akan terus berkekalan andainya mendapat pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan berterusan, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. diterapkan, penggunaan prinsip penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu melalui aktiviti bahasa, dan kaedah penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu, teknik penerapan nilai yang digunakan, tahap penerapan nilai yang dicapai oleh guru dan sebagainya. Selain itu, untuk memudahkan pengguna, dilampirkan juga beberapa jadual, hipotesis, rajah serta contoh yang diperoleh dari beberapa sekolah terpilih hasil responden guru yang mengajarkan Bahasa Melayu. Pada akhir bab buku ini merumuskan secara keseluruhan dapatan kajian dalam semua aspek pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dikaji. Untuk mendapatkan maklumat hasil kajian tersebut, pembaca boleh mendapatkannya secara terperinci.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menerapkan pendidikan nilai melalui mata pelajaran Bahasa Melayu. Keberkesanan amalan guru selepas kajian akan terus berkekalan andainya mendapat pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan berterusan, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Yang penting, penerapan nilai di sekolah mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehidupan pelajar di rumah dan dalam masyarakat. Pihak ibu bapa, pihak berwajib dalam masyarakat dan pihak tertentu yang berkepentingan perlu diberi pendedahan yang sesuai, iaitu dalam bentuk forum, seminar, dan sebagainya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Labels:
Title Teacher is too heavy
Beza KSSR dan KBSR
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.
S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRlengkapikemahiranhadapicabaran/Article

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
Saya memohon maaf ye saya ambil kerja tangan kamu untuk papar di blog sendiri. saya nak kumpul2kan semua supaya senang saya nak cari nanti. Internet is the hughest storade device. mekasih ye.mekasih banyak2.
Oleh : Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin
ABSTRAK
Kertas ini ditulis untuk memberi penerangan kepada umum tentang implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam kertas ini, antaranya definisi FPK dan PTV, matlamat pendidikan di Malaysia, aliran falsafah yang mempengaruhi PTV, konsep dan matlamat FPK, peranan FPK, elemen-elemen yang terkandung dalam FPK, peranan sekolah dalam merealisasikan FPK dan implikasi FPK dalam sistem PTV. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, semua pendidik serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dapat memahami dengan jelas tentang matlamat pendidikan di Malaysia. Semua pihak juga perlu memahami kehendak FPK dan implikasinya terhadap pendidikan umumnya dan terhadap PTV khususnya. Semoga dengan penerangan ini, sistem PTV di Malaysia akan dapat mencapai hasrat dan matlamat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Pengenalan
Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di
Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal
untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang
membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara.
Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk
menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.
Salah satu cabang dalam pendidikan yang sangat penting dalam melahirkan modal
insan yang seimbang ialah bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV dianggap
sangat penting kerana melalui PTV negara dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, separa mahir dan professional. Tenaga kerja yang lahir daripada bidang PTV dapat membangunkan negara untuk menjadi negara maju. Bagi mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, FPK perlu diimplikasikan dalam PTV. Dengan mengimplikasikan FPK dalam PTV, negara akan mendapat sumber tenaga kerja yang berkualiti.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan
dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu proses yang agak panjang iaitu
satu proses pembinaan negara dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan FPK
telah dicetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. FPK yang
dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. ( KPM, 2001).
Pernyataan FPK menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan
terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna, FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama. FPK perlu dijadikan teras kepada pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Pendidikan Teknik Dan Vokasional ( PTV )
Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato dalam bukunya yang bertajuk “Politik” menghuraikan pendidikan sebagai satu ilmu yang bersifat estetikal dan politikal. Beliau menekankan tujuan ilmu pendidikan adalah untuk memberikan setiap warganegara segala peluang yang ada untuk mencapai kebahagian hidup. Melalui ilmu pendidikan, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkahlaku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mok, 1992).
Pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan dalam proses
pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan 2020. Wawasan dan misi
pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner) kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, 1996 (Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah (2000).
Pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai :
“Formal education designed to prepare for skil ed occupation in industry,
agriculture and commerce, generally at secondary level” dan “Formal education
designed to provide knowledge and skil s underlying production process with a
wider connotation then vocational education at secondary or higher level”
(Amberjeet,1993.m/s 3)
Menurut Kamus Dewan (2002), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang
berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan
bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Menurut Cambridge International Dictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai pendidikan yang memberikan kemahiran dan mempersiapkan seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pula bermaksud mempunyai atau memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran dan pengetahuan.
Kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk ilmu
kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka untuk
menempuh alam pekerjaan. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolah-sekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata pelajaran vokasional tetapi ditawarkan secara elektif.
Matlamat Pendidikan Di Malaysia
Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut
perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Al ah untuk membangunkan
diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Al ah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Daripada matlamat dan tujuan pendidikan melalui perspektif Islam ini, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan dan matlamat utama pendidikan seperti berikut:
1. Untuk pembinaan dan pendidikan akal (tauhid)
2. Untuk pembinaan keperibadian (sikap)
3. Untuk menyiapkan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran)
4. Supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan
diri secara berterusan.
Menurut W.F Connel dalam http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 yang dicapai pada 16
Ogos 2010, matlamat pendidikan boleh dipandang daripada tiga aspek utama iaitu aspek
individu, masyarakat dan kebudayaan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan
pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam
sekitarnya.
Secara keseluruhannya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
insan yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin dan yang kenal diri (self – Actualization).
Dalam erti kata lain, pemimpin bermaksud Khalifah di muka bumi ini. Setiap individu perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam. Menurut Eisner & Vallance (1974), dalam buku “ Curriculum: An Integrative Introduction” tujuan pendidikan adalah untuk membangunkan potensi individu sepenuhnya. Pendidikan juga adalah satu proses untuk membantu individu menemukan makna disebalik kewujudan diri dan seluruh kejadian Tuhan di alam fizikal ini.
Aliran Falsafah yang Mempengaruhi PTV
Terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi sisten Pendidikan Teknik dan
vokasional di Malaysia. Antaranya ialah aliran Essensialisme, aliran Pragmatism, aliran
Progresivisme dan aliran Eksistensialisme (Widad, 2007). Walaubagaimanapun, PTV tidak
terikat dengan mana-mana aliran falsafah ini.
Aliran Essentialisme menekankan pembelajaran secara berperingkat iaitu dari yang
mudah kepada yang lebih sukar. Menurut Essensialis, pendidikan sekolah harus bersifat praktik
dan memberi anak-anak pengajaran yang logik yang mempersiapkan mereka untuk hidup.
(http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme/).
menunjukkan bahawa aliran ini memang mempengaruhi PTV.
Aliran Pragmatisme juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem PTV. Dalam
bahasa Greek, pragma bermaksud kerja. Ia boleh diertikan sebagai kaedah mengatur dan
mengurus sesuatu perkara. Aliran ini juga menolak semua punca yang membawa kesan negatif kepada masyarakat. Aliran ini menganggap realiti adalah interaksi antara manusia sesama manusia dan alam. Aliran ini memerlukan penyelesaian masalah untuk mencari sesuatu jawapan terhadap pelajaran (Abdul Fatah, 2007).
Aliran falsafah ketiga yang mempengaruhi PTV ialah aliran progresivisme. Falsafah ini
menganggap objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Aliran ini lebih menumpukan pada perkembangan semasa. Tujuan falsafah ini adalah untuk memberi
kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. (http://www.scribd.com/doc/11383475/PROGRESIVISME).
Aliran Eksistensialisme juga mempengaruhi sistem PTV. Falsafah ini terlalu
individualistik dan terlalu bergantung kepada faktor-faktor yang subjektif seperti penghayatan emosi dan perasaan seseorang. Tujuannya untuk melahirkan individu yang boleh membentuk diri sendiri, bertanggungjawab terhadap diri dan menentukan arah hidupnya. Implikasinya terhadap PTV ialah dengan meletakkan pendidikan PTV yang berasaskan kemahiran dan pengetahuan supaya menjadi bidang pendidikan yang penting untuk pembangunan masyarakat.
Sebagai kesimpulannya, PTV tidak mempunyai falsafah yang khusus. Walaupun,
terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi PTV di Malaysia. PTV tidak terikat dengan mana-mana aliran falsafah. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam falsafah PTV ialah ianya mestilah universal, membangunkan PTV itu sendiri, menyatukan dan kebenaran perlulah bersifat mutlak. Pegangan PTV di Malaysia haruslah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat pendidikan. Falsafah PTV perlulah memenuhi cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metafizik boleh ditakrifkan sebagai satu kajian berkaitan kewujudan ( Abdul Fatah, 2007). Tujuan utama pendidikan dalam kepercayaan ini adalah untuk mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri dan perkembangan diri supaya fitrah manusia yang berkerohanian dapat diperkembangkan. Konsep dan Matlamat FPK
Konsep FPK
Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme ( Sufean Hussin, 1996). Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasukRukun Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini
juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
Matlamat FPK
Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan
terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna (KPM,2001). Dengan perkataan lain,
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
• percaya dan patuh kepada Tuhan;
• berilmu pengetahuan;
• berakhlak mulia;
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
• memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
• memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
KPM (2001) juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti:
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai
seorang warganegara;
menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan;
melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-
prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,
dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan
mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
Falsafah pendidikan negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.
Peranan FPK
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memainkan peranan yang sangat penting seperti:
sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukan pendidikan;
menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan
Negara;
sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan
negara;
sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas -
tugas pendidikan;
sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-
bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan;
dan
menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang
usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Implikasi FPK Terhadap Sistem PTV
Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah
dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan
keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat
dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,
telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama.
Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita seperti berikut.
Implikasi terhadap kurikulum PTV
Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi;
Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.
Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.
Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam
pekerjaan.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.
Implikasi terhadap guru PTV
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan
dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya
bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik akan dapat mengubah strategi
dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik
untuk benar-benar memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui
FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan
PTV setanding dengan aliran sains.
Implikasi terhadap institusi PTV
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan
ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
Rumusan
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan (KPM, 1988).
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara (KPM,1988).
Pendidikan Teknik dan Vokasional pula merupakan satu cabang bidang pendidikan
yang sangat penting untuk pembangunan negara. Tujuan utama PTV diperkenalkan adalah
untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia. Disamping itu, PTV juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar untuk persediaan alam pekerjaan.
Melalaui penulisan di atas, adalah amat penting untuk para pendidik untuk memahami
dengan jelas tentang FPK dan hubungannya dengan PTV. Ini adalah sangat penting kerana
apabila pendidik memahami dengan jelas tentang FPK dan PTV, maka sudah tentunya
matlamat pendidikan serta hasrat negara akan tercapai. Melalui FPK, kita akan dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu juga proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah dilaksanakan.
Rujukan
Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Amberjeet ( 1993 ), Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi Pendidikan Sains,
Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Anan Nur ( 2010), Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,
http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme
Evelyn J. Sowel ( 2005 ), Curriculum: An Integrative Introduction: 3rd Edition, New Jersey, Merill
Prentice Hal .
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2000 ), Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur;
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
ok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro
Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd.
Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Paul Procter ( 1995 ), Cambridge International Dictionary of English First Edition, Cambridge
University Press.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.
Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007), Curriculum Planning in Technical and
Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.
Matlamat Pendidikan. Retrieved on August 16, 2010, from http://www.angelfire.com/bc3/bcc4
Falsafah Pendidikan di Malaysia. Retrieved on august 16, 2010, from
www.docstoc.com/docs/.../Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia

Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Sapa la nak baca panjang-panjang ni. NI bukan hak milik saya. saya ambil dari blog ini http://notakuliahpismp.blogspot.com, untuk membantu saya di dalam exam. Terima kasih.
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalh bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan. Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia dan sebagainya. Maka, menurut Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari dengan pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa “Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia sejak tahun 1960-an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap peranan para guru di sekolah. Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi penting menawarkan pengalaman indah untuk semua murid daripada pelbagai keturunan, budaya dan tahap keupayaan fizikal serta intelektual, untuk menimba sebanyak mungkin ilmu kemahiran. Dalam hal ini tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah berpindah kepada guru-guru di sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah telah merangka pelbagai pendekatan demi memastikan generasi murid yang dilahirkan adalah seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.
Mengapakah kita mengatakan sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan falsafah pendidikan? Ini disebabkan sekolah telah meliputi beberapa aspek yang dapat mengembangkan serta banyak membantu dalam proses merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Kesemua aspek ini adalah saling berkaitan dalam proses merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dan masing-masing juga memegang watak yang tersendiri untuk memainkan peranan mereka. Namun, jika kita inginkan matlamat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dijalankan dengan lebih berkesan, maka kita haruslah meneliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan lebih terperinci lagi melalui analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung dalamnya.
Mengenai kepimpinan, banyak teori telah dikemukakan. Ada teori yang dikemukakan berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan kepada ”charisma” seseorang. Kepada setengah orang, perkataan ”kepimpinan” mempunyai erti yang mendalam di mana seseorang pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat berikut: pengarah, pendorong, dan pembantu.
Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh menunjukkan sifat kepimpinan mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada pelajar. Guru-guru boleh mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat muncungkilkan sifat kepimpinan murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta sifat kepimpinan mereka dapat dicungkil.
Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk mewujudkan seseorang murid yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu. Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik, amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa depan.
Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perlu diwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.
Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan jadikan gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan murid.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.
Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan malan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahannya, mereka akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.
Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan, ia juga dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini boleh menjadikan pelajar-pelajar individu yang bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang. Perlaksanaan ko-kurikulum juga meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.
Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar belajar untuk berdikari, cerdas berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar di samping mewujudkan integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta mewujudkan perpaduan.
Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengn bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru haruslah mewujudkan peluang untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, pendidika seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.
Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya, ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang kepentingan kesihatan. Mereka juga berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.
Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru iaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan transformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Kamus Online Merriam-Webster, ”guru” didefinisikan sebagai ”seorang yang mengajar”. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah ”pendidik”, ”instruktur”, ”ahli pedagogi”, ”jurulatih” dan tutor. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, ”Guru” ertinya seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan. Mereka menyediakan dan mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.
Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh masyarakat untuk mendidik generasi muda. Seseorang guru harus sentiasa mementingkan perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contoh yang paling nyata ialah apabila guru-guru sekolah rendah mengorbankan masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus KBSR serta menyediakan alat bantu mengajar sehingga larut malam.
Sebelum seseorang guru boleh disahkan sebagai guru yang bertauliah, dia juga perlu memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah pengajaran serta kemahiran pengajaran. Bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran, latihan perguruan disediakan sama ada di maktab-maktab perguruan atau di universiti-universiti. Namun, seseorang guru juga mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan kaedah mengajar yang dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan yang dibuatnya. Sekiranya dia telah memutuskan seseorang murid itu perlu dihukum atau didenda, maka dia harus sedia menerima akibatnya.
Sebagai seorang guru, dia haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik.
Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, guru telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan ialah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun, guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
Selain itu, guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.
Kita menyedari bahawa terdapat pelbagai masalah akhlak dan disiplin pelajar yang berlaku berpunca daripada pelbagai sebab seperti pengaruh media massa yang tidak sihat, kurangnya penghayatan agama, gaya hidup yang bercirikan hedonisme, tekanan pembelajaran dan lain-lain. Masalah keruntuhan akhlak pelajar amat membimbangkan semua pihak. Usaha untuk menyelesaikannya adalah tanggungjawab semua pihak, khususnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pentadbiran sekolah. Dalam usaha menangani gejala ini, guru dan pihak sekolah telah memainkan peranan yang penting. Kementerian Pelajaran telah bertanggungjawab untuk meningkatkan peranan guru kaunseling dan mengurangkan beban pengajaran kepada guru tersebut.
Guru di mana-mana sahaja mengharapkan muridnya berdisiplin. Mereka akan bersyukur dan berterima kasih jika murid-murid menghormati mereka, mematuhi peraturan sekolah dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Namun, apabila diteliti, banyak perkara yang menyebabkan masalah disiplin timbul. Contohnya perubahan nilai generasi muda yang dipengaruhi oleh perkembangan sosio-ekonomi yang pesat. Sebagai kesannya, kepada sekolah kesannya mungkin merupai gangguan kepada kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, tetapi kepada masyarakat ia mungkin merupai gangguan kepada ketenteraman awam akibat pertambahan kes jenayah. Di sekolah bilangan murid yang bermasalah akan meningkat, manakala dalam masyarakat nanti jumlah penjenayah akan bertambah. Dengan itu, harapan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara untuk melahirkan insan yang cekap, bertanggungjawab dan amanah tidak akan tercapai.
Seperti yang dinyatakan, masalah disiplin sekolah menjadi tanggungjawab sekolah. Penyelesaian juga diharapkan kepada sekolah. Dalam mengawal disiplin sekolah, guru harus memegang kepada prinsip ” benar tetap benar dan salah tetap salah”. Dalam menentukan kesalahan dan kebenaran inilah dia menggunakan kebijaksanaan. Ketegasan bukan bermakna kekasaran. Sekali keputusan dibuat, dia tidak akan berubah-ubah fikiran, kerana penelitian dibuat sebelum tindakan diambil. Namun, ketegasan perlu kepada kata-kata dan perbuatan. Ini bermakna tindakan susulan perlu diambil selepas suatu arahan atau cadangan dibuat. Satu lagi teknik pelaksanaan tindakan adalah terpulang kepada guru sama ada dengan nasihat, denda atau menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Yang pokok ialah guru memberi perhatian yang serius terhadap masalah disiplin murid.
Disiplin penting dalam membentuk insane yang seimbang dan harmonis. Ia adalah amat penting bagi individu untuk memiliki ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Maka, keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.
Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka. Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid.
Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggngjawab kita semua.

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan - Mencetuskan Keseronokan Dalam Bilik Darjah
Dipetik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
1.Kaedah sumbang saran
2.Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
3.Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
4.Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
5.Kaedah oudioligual
6.Kaedah kodkognetif
7.Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Memory
Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan ;
a. Kematangan fizikal.
Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mental).
Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi.
Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.
Metacognition
What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive:
1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Isnin, 2 Januari 2012
Plan tanam anggur
TEMPORARILY JOBLESS PLAN BACK-UP
Dear John,
Dah empat tahun aku belajar kat UPSI ni,John. 16hb ni abes dah la istilah assignment buat masa ini dalam hidup 20-an aku. Sekarang ni aku kat umah,tak boleh tidur pulak,. Online? Aku dah terminate langganan maxis broadband yang aku guna masa practical bulan 6 hari tu. Ah, merepek dah aku ni. Aku nak list out option yang aku fikir untuk mengisi masa memenuhi kocek sepanjang aku menganggur nanti. Oh, ya, apam tu aku dah try market dah pon. But, not really encouraging. Fighiting3~
PILIHAN 1 :
JUAL APAM
KEBAIKAN
1. Akak(canon) dengan Lan(sekolah) boleh tolong market.
2. Boleh masak kat rumah jer, semua peralatan pon dah ade. Tinggal nakbeli barang2 mentah aje.
3. aku dah mahir buat apam.
4. Keje sendiri. Sonok! Tak de presure
KEBURUKAN/RISIKO
1. kena langgan broadband ngk tu balik. Abes duit aku nanti.
2.persaiangan hebat, er, cam tempat keje akak tu dah banyak orang menjual macam2.
Lan pulak, sekolah. Apala sangat bebudak sekolah bel kuih apam aku. Nak untung pon susah.
3. Tak praktik pon ilmu yang aku nuntut selamat 8 sem kat perak nuh!
4. Duit masuk mungkin agak sukar di permulaan perniagaan.
Ni apam wat dengan mekna dgn ima kat tmn U.
PILIHAN 2
KEJE KAT SEKOLAH SWASTA
KEBAIKAN
1.Duit confirm masuk tiap2 bulan. FIXED!
2. Bleh praktikkan ilmy psychology in education ,curriculum implementation in class, technology in mathematics etc. erm… niceee~~
KEBURUKAN
1. Stress kot. But then, keje apa yang tak stress? dok saja dok wat ape pon satu tekanan.
2.A bit far from home. I can ride mum’s skuter again. But then, how Nana hak pergi kelas agama?
How la eh? These two option sound reliable and realistic. Tomorrow I’m gonna call the private school. I was searching for the jobs in the internet in the other day, I manage to found two school quiet near with my parents house. But asyik duduk bawah ketiak mereka sahaja. Bila nak jadi semakin independent. Survive in my own? Erm… esok nak cuba ajak Ima. She slightly .. maybe.. wanna join me.
Till here John. pai pai
p/s:John is my E72.

Langgan:
Catatan (Atom)